Kategori
ketiga ialah kelakuan yang mengandungi peranan keputusan. Peranan ini dianggap
sangat penting bagi semua kegiatan organisasi tersebut serta pengurus tersebut.
Keputusan pengurus berkisar dari yang bersifat inovatif yang berterusan atau
pembaharuan. Tindakan reactive
dianggap bersifat inovative
jika dibandingkan dengan bentuk keputusan di
atas yang dianggap keusahawanan. Dalam hubungan ini pengurus memulakan inisiatif
dan merekabentuk perubahan dalam organisasi tersebut. Peranan yang kedua ialah distributor
handler. Di sini pengurus bertindak semula kepada perubahan dalam persekitaran atau dalam organisasi tersebut.
Pengurus akan membuat sesuatu perubahan yang difikirkan terbaik untuk organisasi
tersebut. Penguntuk sumber keluaran adalah peranan yang ketiga dalam kategori
ini. Peranan ini dianggap
berorientasikan dalaman. Apabila sahaja sesuatu keputusan
sudah diambil oleh pengurus, maka ia mesti memperuntukkan apa-apa jua
punca keluaran yang perlu untuk melaksanakan rancangan tersebut. Peranan
keputusan yang akhir sekali ialah perunding yang juga
dianggap berorientasikan luaran, yang agak berbeza dari
yang lain.