Fungsi-fungsi Pengurusan | ||
Perancangan |
Ialah satu kaedah dimana kita berfikir ke hadapan dalam jangka masa hadapan apa yang
perlu dibuat bermula daripada apa yang hendak
dikeluarkan, dimana, oleh siapa dan bagaimana. Ia melibatkan soal-soal dasar
polisi, soal-soal yang penting dari segi program satu organisasi.
|
|
Perlaksanaan |
Perlaksanaan
atau penyusunan iaitu bagaimana kita mengagihkan kerja kepada kumpulan-kumpulan
yang lebih kecil. Sebagai contoh, Jualan, Pemasaran, Audit dan sebagainya. |
|
Penstafan |
Terdapat
beberapa proses di dalam fungsi penstafan iaitu:-
i.
Pengambilan; mengiklankan jawatan yang hendak ditawarkan di dalam surat
khabar ataupun tv. ii. Temuduga; ianya bertujuan untuk memilih dan memutuskan untuk
mengambil
pekerja bagi jawatanyang ditawarkan.
iii. Orientasi; menerangkan jadual kerja dan berkenalan dengan suasana kerja.
iv. Latihan
v. Perpindahan; kenaikan pangkat ataupun gaji.
vi. Penamatan; berhenti atau diberhentikan. |
|
Kepimpinan |
Kita membimbing
pekerja supaya ia boleh melakukan sesuatu kerja dengan cekap. |
|
Kawalan |
Untuk mengawasi
prestasi sesuatu organisasi. |
Perkembangan Teori Pengurusan
Sehingga ke
beberapa dekad kebelakangan ini tidak ramai orang berfikir tentang bagaimana
kerja yang disusun dan diuruskan dengan baik. Walau bagaimanapun teori
pengurusan bermula agak lama semenjak berlakunya revolusi perindustrian di
Eropah lagi. Ia berkembang pesat , barangan bukan lagi dibuat oleh orang
perseorangan atau dengan menggunakan teknologi rendah. Pengurusan semasa zaman
revolusi sehingga ke hari ini menggunakan kilang, mesin juga buruh yang mahir
serta pengurus tertentu. Pengeluaran barangan dan perkhidmatan dibuat secara
besar-besaran. Terdapat beberapa pendekatan untuk memahami sistem ekonomi
pengurusan semasa zaman yang silam.
a. Sistem Mercantile
b. Sistem perdagangan bebas dan
c. Pengurusan saintifik
Para pengkaji
pengurusan tidak dapat memisahkan diri dengan istilah dan konsep organisasi.
Pendek kata pengurusan dan pengurus tidak berfungsi secara formal kalau tidak
ada organisasi. Pengurus akan berurus di dalam organisasi yang berbagai-bagai
jenis seperti organisasi kerajaan, sekolah, masjid dan lain-lain.
Organisasi
adalah satu unit sosial yang melibatkan beberapa manusia yang bekerjasama dan
saling bergantung diantara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu
kumpulan.
Setelah kita
mengikuti pendapat Etzioni tentang
organisasi kini bandingkan pula dengan beberapa pemerhatian luaran terhadap
organisasi itu. Antaranya:-
Input
Output
Organisasi mengandungi input dan output. Input bererti punca
keluaran dan output pula ialah dalam bentuk hasil keluaran atau perkhidmatan.
ii)
Pemerhatian Kedua
Untuk mengeluarkan keluaran tertentu beberapa punca keluaran tertentu diperlukan tetapi organisasi berbeza tentang cara mempergunakan punca keluaran tersebut. Sesetengah organisasi menjalankan urusan mereka begitu dekat dengan maklumat yang berhubung secara langsung dengan output dan input. Manakala organisasi lain pula menngambil maklumat daripada sumber yang lain.
Mesin Mesin Mesin
Punca Keluaran Aliran Kerja Matlamat
Rajah 2 : Satu model organisasi
Ciri-ciri Organisasi
Struktur dan
organisasi dapat mempengaruhi perkara-perkara tertentu dari keberkesanan dengan
berbagai cara. Mengenai struktur, dapat ditemukan bahawa meningkatnya
produktiviti dan keberkesanan sering merupakan hasil dari meningkatnya kepakaran
fungsi, ukuran organisasi, keselarian pengambilan keputusan dan formalisasi.
Walaupun produktiviti dan keberkesanan cenderung mempunyai hubungan yang positif
dengan beberapa pembolehubah struktur ini tetapi sikap kerja khususnya kepuasan
kerja dan keikatan cenderung mempunyai hubungan yang berbanding terbalik dengan
produktiviti dan keberkesanan.
-
Mempunyai identiti tersendiri
-
Hierarki/tingkat autoriti
-
Pengagihan kerja
-
Sistem pengawalan