Make your own free website on Tripod.com

Konsep  Matlamat  Dalam  Organisasi

   

    Matlamat adalah  merupakan satu titik tumpuan yang ingin dicapai oleh seseorang atau sesebuah kumpulan  atau organisasi. Untuk mencapai matlamat tersebut individu selalunya bergerak dalam organisasi kerana dengan mewujudkan organisasi tertentu, maka matlamat akan mudah direalisasikan. Oleh itu   kadanng-kadang organisasi itu digunakan  atau dijadikan alat untuk memenuhi tuntutan matlamat  individu. Seperti ahli politik menggunakan parti politik sebagai alat untuk mereka mendapatkaan jawatan penting dalam parti  politik untuk memperkukuhkan kedudukan peribadi mereka. Oleh itu matlamat adalah pendorong utama kepada semua bentuk tingkah laku manusia dan penentu kepada bentuk operasi sesebuah organisasi.

 

Matlamat dan Ciri-cirinya

    Matlamat mempunyai cirinya yang tersendiri. Dengan mengenalpasti ciri matlamat, seseorang itu akan boleh menilai akan keberkesanan yang diperolehinya daripada matlamat yang dicapai. Antara ciri matlamat itu ialah masa, nilai dan syarat-syarat tertentu.

 

Pengaruh-pengaruh Terhadap Matlamat

    Matlamat sesebuah organisasi itu tidak akan wujud secara spontan, ianya seringkali dipengaruhi oleh beberapa faktor, yang meliputi persekitaran, input, output dan operasi organisasi. Persekitaran melibatkan  ekonomi, politik, sosial, teknologi, geofizikal dan ekologi.  

    Bagi sesebuah organisasi, untuk mencapai matlamatnya ia terpaksa bergantung kepada punca keluaran yang melibatkan modal, usaha, tanah dan teknologi. Pada umumnya punca keluaran inilah yang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi di dalam memenuhi matlamatnya. Manakala output pula merupakan hasil keluaran sesebuah organisasi itu, seandainya sesebuah organisasi berjaya mengeluarkan output yang dapat meyakini segolongan orang ramai, maka prestasi organisasi itu dengan sendirinya meningkat, sebaliknya  jika output yang dikeluarkannya bermutu rendah maka ia akan menghalang sesebuah organisasi itu untuk mencapai matlamatnya.

 

Jenis-jenis Matlamat

    Ianya terbahagi kepada dua, iaitu matlamat rasmi dan matlamat operative. Matlamat rasmi ialah matlamat yang wujud  secara ideal dan samar-samar misalnya organisasi itu bermatlamat untuk mengeluarkan output yang paling bermutu dengan kos yang rendah. Dalam kes ini tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawab dalam proses pengeluaran. Juga tidak dinyatakan panduan bagi mengeluarkan output tersebut. Manakala matlamat operasi pula merupakan matlamat yanng telah dicapai setelah ditakrifkan syarat matlamat rasmi organisasi  itu. Matlamat seperti ini dilakukan oleh pengarah atau pekerja sesebuah organisasi.

 

 Pandangan Carnegie Terhadap Pembentukan Matlamat

    Cyert dan March bersetuju bahawa konflik matlamat di antara kumpulan berbeza adalah satu keadaan biasa dalam organisasi, terutamanya orgnaisaasi yang bersifat  monopolistik.

     Matlamat beroperasi ialah hasil gabungan daripada keputusan ahli organisasi pada jangka masa pendek. Matlamat organisasi ini mungkin bertentangan  dengan matlamat gabungan organisasi lain. Matlamat organisasi adalah tetap, namun dalam beberapa hal ia cenderung untuk membentuk perkembangan baru kerana pada asasnya ia bergantung kepada kepuasan aspirasi individu, maka pengalaman bekerja juga berubah. Peluang kerja baru atau ancaman yang wujud mungkin mendatangkan kesan kepada individu. Oleh itu dalam kes ini dapat dikenalpasti bahawa matlamat semasa organisasi adalah merupakan fungsi matlamat yang lalu.

     Wujudnya konflik dalam menentukan matlamat ini akan hanya mendatangkan kesan kepada organisasi itu sendiri kerana ia boleh melemahkan organisasi apabila konflik tersebut meluas dan membesar. Oleh itu dari situasi yang wujud ini ai memperlihatkan dua keadaan iaitu:

 

    1.    Penyebaran konflik terhadap matlamat organisasi merupakan kunci utama yang menyebabkan berlakunya kumpulan dalam organisasi.

    2.    Organisasi pada umumnya akan lebih berfungsi walaupun wujud konflik dengan mengadakan proses  pembinaan penggabungan.

 

Kepelbagaian Matlamat Beroperasi

    Matlamat beroperasi adalah matlamat yang muncul hasil daripada interaksi organisasi dengan keadaan persekitaran dan juga hasil wujudnya gerak balas konflik dalam organisasi. Perrow telah mengelaskan matlamat organisasi kepada lima bahagian iaitu:

    1.    Keperluan perkhidmatan sosial.

    2.    Matlamat output.

    3.    Matlamat sistem.

    4.    Matlamat yang bercirikan pengeluaran.

    5.    Matlamat perolehan.

Keseluruhan Matlamat

    Matlamat organisasi adalah merupakan matlamat yang dinamik, ia melibatkan pengaruh dalaman dan luaran dalam menentukan pencapaian sesuatu hasil matlamat. Matlamat itu sendiri mempunyai sub-kumpulan tertentu, oleh itu ia menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk mengawal dan menstabilkan perbezaan konflik yang berlaku atas punca keluaran. Pada umumnya konflik ini berlaku dalam konteks pengeluaran dan pemasaran, dan jika tidak dikawal akan melibatkan konflik inndividu dan personal.  

    Dalam hal tersebut  telah pun dijelaskan bahawa matlamat adalah dinamik dan seringkali bergerak ke arah perubahan dan perubahan matlamat ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang meliputi:

 

    1.    Anjakan matlamat.

    2.    Penggantian matlamat.

    3.    Kepelbagaian matlamat.

    

    Perubahan dalam matlamat ini akan dengan pastinya melibatkan satu penilaian terhadap matlamat tersebut. Ini disebabkan dengan wujudnya penilaian ini akan membantu pihak pengurusan mengatur strategi bagi meningkatkan prestasi organisasi dan melihat kejayan organisasi masing-masing. Berhubungan dengan proses penilaian sesuatu pencapaian hasil dan matlamat itu, maka ia melibatkan pandangan terhadap dua aspek utama iaitu kecekapan dan keberkesanan.  

    Sesebuah organisasi itu dikatakan berkesan jika matlamat yang dicapai dapat mengimbangi  kos  yang dikeluarkan. Begitu juga dengan kecekapan  sesebuah organisasi itu dikatakan cekap apabila ia berjaya memperolehi hasil dan mencapai matlamat dalam tempoh yang ditetapkan.