1. |
Definisi
Pengurusan dan Organisasi |
Istilah
pengurusan merujuk kepada satu set
keinginan yang direkabentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja yang
ditentukan. Jadi bagi sesetengah keadaan, setiap orang itu adalah pengurus
sekalipun hanya dengan bertindak ke atas diri dan urusan peribadi. Apabila seseorang itu berkumpul bersama-sama dalam satu hubungan yang formal seperti dalam sebuah organisasi maka pengurusan menjadi satu bidang aktiviti yang utama. Organisasi lebih menekankan pentingnya teori-teori dan model yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang rasional atau berakliah dengan model-model tertentu yang berkait dengan objektif organisasi itu sendiri. Di sini terdapat 4 definisi pengurusan yang telah dikemukakan, iaitu:- 1.
Ialah satu proses dimana kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling
sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha mereka
ke arah pencapaian objektif organisasi. (Hilgert
& Leonard) 2. Pengurusan
ialah usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan
sumber teknikal dengan cara yang paling efektif. (Boona
dan Kurtz). 3. Pengurusan adalah satu proses mengkoordinasi sumber manusia dengan sumber yang lain dalam sesuatu organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut. (Gitmen & Mc Daniel) 4. Pengurusan ialah satu proses perancangan, perlaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi. (Wager & Hokenback). |